Islam berasal daripda kata nama kerja yang asalnya daripada kata akar 3 konsonan iaitu s-l-m iaitu ASLAMA yang membawa maksud atau erti "menyerahkan/merelakan dan tunduk kepada Allah SWT" dam juga SALAM yang membawa maksud "sejahtera".
Agama Islam ini juga merupakan agama Samawi yang terkandung dalam kalam Allah SWT yang diturunkan yang diberi nama AL-QURAN.
ISLAM bermaksud penyerahan / penundukan kepada Allah SWT dan muslim / orang bergama islam / mualaf yang baru memeluk agama islam dan umatnya harus menunjukkan ini dengan menyembah-Nya, menurut perintah-Nya dan mengelakkan syirik (menyekutukan Allah SWT dan hukumnya adalah dosa besar disisi Allah SWT).
Firman Allah SWT :
"Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa syirik iaitu perbuatan menyekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua) dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada perbuatan itu (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya"
Sejak akhir-akhir ini terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh umat islam untuk memperkasakan ajaran agama islam di negara mereka sendiri begitu juga kepada orang sekeliling mereka. Sebagai contohnya:
Malaysia dikejutkan dengan pemberitahuan atau berita yang disebarkan dan diceritakan oleh salah satu pendakwah terkenal negara kita iaitu Ustaz Azhar Idrus yang menjadi bualan mulut masyarakat apabila dia dikatakan tidak bertauliah untuk memberi ceramah / kuliah di masjid yang berada di negeri Selangur dan juga Terengganu. Hal ini membuktikan bahawa cabaran untuk memperkasakan agama islam / ajaran islam semakin hari semakin bertambah malahan semakin teruk.
Dalam blog kali ini, kita akan membahas soalan e-folio yang kami dapat sebagai tugasan akhir subjek Pengajian Islam kami iaitu MEMPERKASAKAN KEFAHAMAN MENGENAI ISLAM TANGGUNGJAWAB SIAPA? Antara yang akan kami bahas adalah tanggungjawab ibubapa, rakan sebaya, guru, suami dan isteri, adik-beradik, pemimpin, sanak saudara, pendakwah dan saudara sesama islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan