PERANAN (7) & (8) : SAUDARA MARA & PENDAKWAH

PERANAN KETUJUH : SAUDARA MARA

Saudara mara adalah antara golongan paling dekat dengan kita dan kita seharusnya  mengambil berat tentang bagaimana keadaan saudara mara kita. Dalam islam sendiri mewajibkan kita untuk saling tolong menolong sesama islam apatah lagi sesama saudara. 

Antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sekiranya saudara kita berada dalam kemiskinan dan tidak mempunyai harta benda, dan tidak ada pekerjaan yang dapat menyara mereka kita perlulah menghulurkan bantuan semampu yang kita boleh selagi ia tidak mendatangkan masalah untuk kita menyara nafkah keluarga kita sendiri. 

Ramai yang beranggapan bahawa sedekah kepada orang miskin lain adalah lebih baik. Sedangkan nabi kita sendiri menggalakan kita untuk memberi sumbangan kepada keluarga terdekat yang lebih memerlukan. 

Hadis riwayat al-Tarmizi "sedekah kepada orang miskin itu akan mendapat pahala sedekah, sedangkan sedekah kepada keluarga terdekat akan mendapat dua perkara iaitu pahala dan hubungan silaturahim"

Selain itu kita perlu saling tegur menegur kesalahan dan kesilapan saudara mara kita sekitaranya ia akan mendatangkan dosa dan keburukan kepadanya. Kita harus menegur dengan menggunakan bahasa yang sopan dan tidak bercakap dengan kasar agar tidak menguris hati mereka serta menegurnya secara peribadi dan di tempat yang lebih tertutup agar menjaga air muka mereka. 

Contoh perbuatan masyarakat sekarang yang ingin menegur seseorang namun bukan dengan cara menasihati malah mereka menulis atau meluah perasaan ketidakpuasan hati mereka di media sosial seperti facebook , status whatsapp dan sebagainya. Hal ini boleh mendatangkan kesalafahaman antara saudara mara kita kerana dengan cara mempublishkan nasihat tersebut ke media sosial membolehkan ramai pihak yang membacanya dan hal ini demikian boleh menyebabkan pihak lain yang terasa hati dengan nasihat yang ditegur tersebut. 

Perkara ini boleh mengakibatkan berlakunya pergaduhan dan saling tidak bertegur sesama saudara tanpa kita sedar.

Kesimpulannya, sebagai sanak saudara  yang bertanggungjawab perlulah menjalankan tanggungjawab mereka dengna tolong menolong serta nasihat menasihati sesama sanak saudara agar dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim. 


PERANAN KELAPAN : PENDAKWAH

Pendakwah merupakan warisan tugas daripada Rasulullah SAW untuk menyampaikan risalah Islam kepada manusia sejagat di atas muka bumi ini.

Antara tanggungjawab seorang pendakwah dalam islam ialah memberitahu dan menasihatkan masyarakat supaya menjauhi perkara yang mungkar .

Terdapat sesetengah golongan yang tidak menyedari bahawa apa yang dilakukan itu adalah perkara yang mungkar. Oleh itu, pendakwah perlu memberitahu dan menasihati mereka agar menjauhi dan meninggalkan perbuatan tersebut  sepertimana hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mencegahnya dengan tangannya (kuasa), jika ia tidak mampu maka hendaklahlah ia mencegah dengan lisannya, jika ia tidak mampu hendaklah ia mencegah dengan hatinya. Dan yang demikian itulah selemah-lemah iman"

Selain itu pendakwah juga perlu menyeru manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran serta menyampaikan ajaran Islam yang sebenar kepada masyarakat dengan memberi peringatan terhadap pengajaran umat terdahulu. 

Kesimpulannya tanggungjawab seorang pendakwah dalam islam amatlah besar kerana beliau memikul amanah daripada Nabi SAW untuk mengajak manusia melakukan kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran dengan melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AHLI KUMPULAN

 TUGASAN E-FOLIO: TAJUK: MEMPERKASAKAN KEFAHAMAN MENGENAI ISLAM TANGGUNGJAWAB SIAPA. HURAIKAN  KOD KURSUS: PENGAJIAN ISLAM  MPU23012 NAMA PE...