PERANAN KESEMBILAN : SAUDARA SESAMA ISLAM
Semua orang mempunyai peranan dan kewajipan tersendiri yang perlu ditunaikan. Tidak kiralah kewajipan sebagai hamba kepada sang pencipta mahupun orang lain.
Peranan saudara sesama islam telah dikatakan sebagai kewajipan, maka sekiranya ada orang memberi salam, wajib untuk kita atau yang mendengarnya menjawab salam tersebut. Jika tidak, berdosalah kita.
Begitu juga apabila kita menerima perkhabaran orang sakit sama ada di rumah atau hospital. Wajib si penerima khabar itu menziarahi orang sakit. Sesungguhnya besar ganjaran pahala yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang sakit, seolah-olah individu itu sedang mengumpulkan hasil syurga selama mana dia menziarahi orang sakit.
Seterusnya, saat kita mendengar berita tentang kematian seseorang, jangan lupa untuk menziarahi keluarga si mati dan doakanlah supaya jenazah mendapat keampunan Allah SWT. Bagi yang menerima undangan daripada seseorang sama ada jiran, saudara-mara, kenalan jauh atau sesiapa sahaja yang mengadakan sesuatu majlis, kita wajib memenuhinya jika berkelapangan untuk menziarahi mereka.
Dengan ini, jangan lupa mendoakan orang yang bersin. Meskipun kelihatan remeh tetapi ia sebenarnya satu kewajipan buat kita. Tujuan kita berdoa selepas bersin adalah untuk meminta perlindungan kepada Allah SWT daripada syaitan. Sama-samalah kita tunaikan kewajipan tersebut. Semoga kita saudara sesama islam memperolehi ganjaran daripada allah swt.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan