PERANAN (3) & (4) : GURU & SUAMI ISTERI

PERANAN KETIGA : GURU

  • Membangkitkan kesedaran tentang kepentingan ilmu pengetahuan dan pendidikan.

Ilmu pengetahuan amat perlu kepada semua umat manusia di dunia walau di mana sahaja berada. Ilmu pengetahuan ini bukan sahaja bermatlamatkan pelajaran akademik tetapi ilmu pengetahuan haruslah dipelajari dengan lebih luas dan kompleks sehingga mencakupi beberapa jenis bidang atau cabangnya.

Antaranya adalah , tugas utama seorang guru sebagai pendidik dan pendakwah ialah perlunya membangkitkan atau mewujudkan rasa keinsafan atau kesedaran tentang kepentingan ilmu pengetahuan mahupun pendidikan sama ada untuk kesenangan duniawi atau hari akhirat kelak. Hal ini demikian kesedaran ini amat penting untuk meninggikan lagi taraf sosial, ekonomi dan lebih-lebih lagi pengetahuan mengenai ilmu-ilmu yang ada di dalam kalam Allah atau hadis  supaya umat Islam dapat diredhai  dan dihormati oleh umat lain. Pendek kata seseorang guru itu mestilah mempertingkatkan segala potensi sama ada dari segi akal, fizikal dan rohani atau jasmaninya.

Hal ini adalah bagi mengatasi tanggungjawab sebagai guru sebagai pendidik dan pendakwah hendaklah menyeru murid-murid dan masyarakat amanya, supaya melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh agama. Hal ini dapat memberi didikan serta membina suasana Islamiah yang baik dalam diri individu muslim mahupun alam sekitarnya. 

Guru boleh melaksanakan tugas ini melalui majlis-majlis seperti kelas pengajian di surau atau masjid, ceramah dan menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran. Para pendidik juga perlu membina keupayaan intelektualnya supaya mudah berinteraksi dengan setiap lapisan masyarakat. Oleh itu penting di kalangan pendidik supaya boleh mencapai matlamat ini. 

Tanggungjawab guru bukan hanya di sekolah sahaja, tetapi juga kepada masyarakat sekitar.


PERANAN KEEMPAT : SUAMI DAN ISTERI

Dalam sesebuah institusi perkahwinan, Allah SWT telah mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada suami dan juga isteri. 

Tanggungjawab ini ialah suatu ibadah yang mesti dipikul bersama-sama oleh pasangan suami isteri.

Hal ini kerana pasangan suami isteri harus bekerjasama dalam menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin. Sebaik-baiknya ikutilah dan contohilah akhlak Rasulullah SAW dalam menguruskan rumah tangga. Perjalanan menempuhi kehidupan bersama semestinya harus berpandukan syariat Islam.

Hal ini dapat meningkatkan sikap tanggungjawab dalam diri sendiri serta menjadi teladan yang baik untuk generasi akan datang serta dapat menjadi contoh kepada orang bukan Islam terhadap orang Islam kerana menjaga hubungan suami isteri yang baik  mengikut ajaran hadis dan kalam Allah.

Selain itu, layanan yang baik dan menghormati isteri adalah Al-Quran  mengajar suami supaya bergaul dengan isteri dengan cara yang baik, sama ada daripada sudut adat dan yang lebih penting, berlandaskan syariat.

Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik terhadap isterinya. Dan akulah yang paling baik terhadap isteriku.” (Hadis riwayat At-Tirmidzi). Jumhur ulama berpendapat wajib atas suami berkhidmat kepada isterinya yang tidak mampu atau uzur dan tidak dapat menguruskan dirinya sendiri. Ini juga termasuk melakukan kerja-kerja rumah sesuai dengan kebolehan, tenaga dan masa yang boleh diberikan ketika di rumah.

Seterusnya didikan kepada isteri adalah suami sebagai pemimpin keluarga haruslah mempunyai ilmu untuk mendidik isteri dalam melayari rumah tangga. Hal ini kerana, pendidikan yang perlu diberikan termasuk pengetahuan duniawi dan agama adalah wajib bagi suami untuk mendidik sekurang-kurangnya asas agama kepada isterinya. 

Di samping itu, layanan yang baik dan menghormati suami antaranya adalah memahami tugas dan tanggungjawab serta realiti kehidupan bersama. Secara umum, peranan isteri  juga adalah menjaga hal-ehwal rumah tangga, mendidik, mengasuh dan membimbing anak-anak.

Oleh itu ,peranan suami isteri juga penting dalam Islam kerana dapat mengukuhkan silaturahim antara satu sama lain supaya agama Islam tidak dipandang rendah terhadap orang lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AHLI KUMPULAN

 TUGASAN E-FOLIO: TAJUK: MEMPERKASAKAN KEFAHAMAN MENGENAI ISLAM TANGGUNGJAWAB SIAPA. HURAIKAN  KOD KURSUS: PENGAJIAN ISLAM  MPU23012 NAMA PE...