PERANAN KELIMA : ADIK-BERADIK
Adik beradik penting dalam memperkasakan agama Islam kerana:
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim (hubungan kekeluargaan)” [Hadis riwayat Muslim].
Selain itu, aspek yang paling penting dalam menjaga hubungan adik-beradik adalah komunikasi. Walaupun masing-masing sibuk dengan aktiviti harian dan jarang mempunyai masa,
Kelebihan teknologi seperti Facebook, WhatsApp boleh dijadikan medium paling efektif untuk berkomunikasi dengan lebih cepat supaya tidak berlaku perpisahan antara satu sama lain.
Seterusnya, berkongsi masalah adalah benda paling penting dalam hubungan adik beradik kerana boleh berkongsi segala masalah yang dihadapi dan senang berkongsi berbanding dengan ibu bapa. Namun, keadaan itu perlu berubah kerana adik-beradik adalah tempat paling sesuai meluahkan keresahan dalam hati kerana mereka lebih mengenali kita agar dapat mengeratkan hubungan kita dengan adik-beradik. Oleh itu adik beradik mesti lah mempunyai pernana masing daripada abang dan kakak supaya menjadi teladan yang baik.
PERANAN KEENAM : PEMIMPIN
Pemimpin iaitu pihak yang bertanggungjawab untuk memelihara dan memartabatkan nilai murni agama islam dalam kalangan masyarakat. Pemimpin yang bertanggungjawab perlu berusaha untuk mempertahankan kesucian agama daripada segala bentuk penyelewengan, kesesatan, ideologi yang bercanggah dengan Islam dan sebagainya yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita zaman sekarang,
Pemimpin perlu menghapuskan segala bentuk penyelewengan yang merosakkan imej masyarakat dan Islam dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian seperti penerangan, mengemukakan hujah, dan sehinggalah kepada tindakan undang-undang.
Seterusnya, mengutamakan kebajikan dan menyediakan kemudahan asas kepada rakyat dari segi kesihatan, pendidikan, perindustrian, perdagangan, pertanian, pengangkutan, perumahan dan sebagainya. Hal ini adalah selari dengan kaedah fiqah yang menyuruh pihak pemerintah untuk menjaga kewajipannya sebagai pemerintah terhadap rakyat.
Tanggungjawab kepimpinan perlu dilaksanakan supaya membawa kesejahteraan dan kebaikan dalam sesebuah negara. Sebuah kepimpinan menurut Islam adalah untuk membina dan membangun insan yang sejahtera jiwa dan rohaninya, murni akhlak dan sikap, bersaudara, bantu-membantu dalam melakukan kebaikan, berganding bahu mencegah kemungkaran, mempertahankan nilai, kesucian dan kehormatan diri, menegakkan keadilan dan kebenaran.
Kesimpulannya, Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang disayangi rakyat atau orang bawahannya. Oleh itu, pemimpin hendaklah memupuk kesetiaan masyarakat kepada kepimpinannya dan jangan melakukan sesuatu yang melemahkan kepercayaan dan kesetiaan rakyat terhadap pemimpin mereke serta menjaga kebajikan dan menyediakan keperluan asas rakyat kerana 'sesugguhnya orang yang paling sakit siksaan di hari khiamat adalah pemimpin yang zalin dan tidak bertanggungjawab' HR.Thabrani dari Abdullah bin Mas'ud.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan