PERANAN (1) & (2) : IBU BAPA & RAKAN SEBAYA

 PERANAN PERTAMA : IBUBAPA

"Meluntur buluh biarlah dari rebungnya" ayat ini sudah tidak asing lagi apabila menyentuh isu peranan ibubapa dalam tanggungjawab mereka menjaga anak mereka dari kecil sehingga remaja. Hal ini kerana didikan daripada ibubapa amatlah penting dalam menjamin masa depan, akhlak dan juga sahsiah anak-anak jika besar nanti.

Ibubapa boleh dikategorikan kepada 3:-

  1. ibubapa kandung
  2. ibubapa angkat
  3. ibubapa tiri
Manakala terdapat konsep 3 unsur untuk ibubapa melakukan peranan mereka dengan sangat baik. Antara tidak lain dan tidak bukan ibubapa dan anak. Anak pula boleh dikategorikan juga ke dalam 3 kategori yang berbeza seperti:-
  1. anak kandung
  2. anak angkat
  3. anak tiri
Ibu adalah orang yang memberikan kelahiran bayi yang dikandudngnya selama 9 bulan manakala bapa adalah orang yang menjaga dan juga menaikkan keturuan mereka sendiri (ibu juga menjaga dan menaikkan keturunan).

Menurut ajaran agama Islam, kedudukan ibubapa berada di tempat yang sangat tinggi. Hal ini dapat ditunjukkan dengan kewajipan kita sebagai anak untuk berbakti dan juga menghormati mereka dengan sangat besar dan juga patuh taat setia. 

Di dalam Al-Quran, terdapat 2 perkataan membawa maksud ibu iaitu:-
  • "UMM" yang membawa maksud peranan ibu yang mengandung dan melahirkan tanpa melihat sifat seseorang ibu itu baik ataupun buruk.
  • "WALIDAH" yang membawa maksud gambaran penumpahan segala pengorbanan tanpa membezakan baik atau buruk.
Peranan ibubapa dalam memperkasakan kefahaman mengenai agama islam boleh dikatakan kewajipan lazim bagi mereka. Hal ini kerana didikan tentang agama sejak dari kecil boleh membentuk tingkah laku, akhlak dan juga belia yang produktif apa lagi dalam segi agama untuk kegunaan masa hadapan. Ibubapa haruslah mengajar anak-anak mereka dengan hal-hal sunnah yang biasa diamalkan seperti makan menggunakan tangan, membaca doa makan dan sebagainya. 

Seterusnya, ibubapa seharusnya menghindari anak-anak kecil daripada melihat kemaksiatan yang mungkin tidak sengaja ditonton anak-anak di kaca televisyen seperti penyanyi yang tidak menutup auratnya dengan sempurna.

Selain itu, ibubapa harus mengajarkan anak perempuan mereka untuk menutup aurat dengan ajakan ringan atau memakaikan mereka tudung agar anak perempuan mereka terbiasa memakainya.

Selanjutnya, ibubapa haruslah mengelakkan mendandan anak mereka dengan pakaian yang terdedah auratnya ketika anak itu menginjak umur 5 tahun kerana pasa usia itu mereka akan menghantar anak mereka ke tadika atau tabika yang membuatkan anak mereka belajar untuk bersosial (pergaulan bebas) tidak kira jantina dan umur. 

Akhir sekali, Ibubapa haruslah mendedahkan lebih banyak cerita-cerita tentang ilmu keagamaan seperti kisah Nabi Muhammad SAW dan juga mengajarkan mereka untuk solat ketika berumur 7 tahun (bukan hanya itu, tetapi mengajarkan semua tentang agama Islam)

PERANAN KEDUA : RAKAN SEBAYA

Maksud rakan sebaya adalah kawan yang berada dalam lingkungan latar belakang yang berbeza dan selalu bersama dengan kita tidak kira di rumah, sekolah mahupun di universiti yang juga selalu bersama kita di dalam pelbagai aktiviti dan matlamat yang sama atau dalam kata yang senang difahami adalah kawan yaang berkongsi minat yang sama.

Pada masa sekarang pengaruh rakan sebaya adalah sangat penting kerana ramai remaja sekarang lebih mudah berada di luar berbanding di rumah. Mereka juga lebih suka memenuhi masa mereka dengan gajet dan menyebabkan mereka ketagihan internet, hal ini juga boleh berlaku kerana mereka mempunyai ramai rakan sebaya mereka atau mempunyai rakan online merekayang ditemui melalui permainan atas talian. 

Pengaruh rakan sebaya terbahagi kepada 2 iaitu secara langsung dan juga tidak langsung dan ianya boleh memberikan impak negatif atau positif di dalam diri mereka.

Peranan rakan sebaya amat penting dalam memperkasakan kefahaman mengenai islam kerana dengan berkawan dengan mereka, kita dapat saling mengenali mereka dengan lebih dalam dan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara umat islam.

Selain itu, rakan sebaya seharusnya mengajak mereka untuk menuju ke arah kebaikan. Sebagai contoh, jika anda melihat teman anda tidak solat 5 waktu, anda seharusnya menegurnya lalu mengajak mereka untuk solat bersama-sama. Hal ini harus dilakukan secara berulang kali agar solat yang dulunya dianggap remeh menjadi 1 kewajipan teman anda untuk melakukannya dan agar teman anda terbiasa untuk melakukannya. Anda juga sebagai rakan sebaya boleh menceritakan ganjaran pahala yang teman anda dapat jika solat 5 waktu.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AHLI KUMPULAN

 TUGASAN E-FOLIO: TAJUK: MEMPERKASAKAN KEFAHAMAN MENGENAI ISLAM TANGGUNGJAWAB SIAPA. HURAIKAN  KOD KURSUS: PENGAJIAN ISLAM  MPU23012 NAMA PE...